Isu sosial masyarakat India dalam cerpen karya Murugiah Muthuveeran (IR)

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menganalisis tujuan penggunaan dan kesesuaian penggunaan isu-isu sosial masyarakat India yang terdapat dalam cerpen Murugiah Muthuveeran. Analisis kajian ini tertumpu kepada 33 cerpen Murugiah Muthuveeran yang dipilih daripada kumpulan cerpen berjudul...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Muralee Raman
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3941
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menganalisis tujuan penggunaan dan kesesuaian penggunaan isu-isu sosial masyarakat India yang terdapat dalam cerpen Murugiah Muthuveeran. Analisis kajian ini tertumpu kepada 33 cerpen Murugiah Muthuveeran yang dipilih daripada kumpulan cerpen berjudul e vil nku nilavuka dan ullca vil uavuka yiram. Pendekatan kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks berdasarkan teori sosial telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 19 isu sosial masyarakat India, lima tujuan penggunaan isu sosial dan kesemua isu sosial tersebut digunakan dengan sesuai dalam cerpen-cerpen tersebut. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa cerpen-cerpen Murugiah Muthuveeran berjaya memaparkan isu-isu sosial sebenar yang dialami oleh masyarakat India di Malaysia. Implikasi kajian ini menunjukkan isu-isu sosial yang digambarkan dalam cerpen Murugiah Muthuveeran boleh dijadikan panduan untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan masyarakat India Malaysia.