Aplikasi pembelajaran berasaskan projek bidang seni digital: kajian kes di lima buah institusi pengajian tinggi di Malaysia (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman pensyarah terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan aplikasinya dalam pengajian seni digital di institusi pengajian tinggi (IPT). Persepsi pelajar-pelajar yang terlibat diambil kira untuk melihat kesan PBP kepada para pelajar. Kajian in...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ida Puteri Mahsan
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4687
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman pensyarah terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan aplikasinya dalam pengajian seni digital di institusi pengajian tinggi (IPT). Persepsi pelajar-pelajar yang terlibat diambil kira untuk melihat kesan PBP kepada para pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kebolehpercayaan data dilakukan melalui triangulasi dan penilaian tiga orang pakar. Informan kajian adalah terdiri daripada lima orang pensyarah daripada lima buah IPT di semenanjung Malaysia yang menjadi tenaga pengajar dalam bidang seni grafik, multimedia dan animasi serta sepuluh orang pelajar daripada IPT yang sama. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman pensyarah terhadap PBP merujuk kepada tugasan berorientasikan produk, asas kemahiran, pembelajaran bersepadu, dan pembelajaran autentik. Manakala aplikasi PBP dilihat daripada aspek rancangan tugasan, proses perkembangan idea, sesi kritikan, konsultansi, pembentangan dan pameran seni. Dapatan juga menunjukkan penekanan PBP terhadap pembelajaran yang berorientasikan industri dapat membentuk pelajar-pelajar yang inovatif dan produktf. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan konsep PBP mampu dijadikan sebagai salah satu pendekatan alternatif dalam pembelajaran dan pengajaran bagi membina modal insan pada abad ke-21 ini.