Analisis aspek kohesi dan koheren dalam cerpen komponen sastera berdasarkan model Fairclough (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek kohesi dan koheren dan perbandingan kekuatan dan kelemahannya dalam cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul menggunakan Analisis Wacana Kritis model Fairclough. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif deskriptif dengan kaedah analisis dokumen oleh p...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Aefiqah Gitin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4734
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek kohesi dan koheren dan perbandingan kekuatan dan kelemahannya dalam cerpen Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul menggunakan Analisis Wacana Kritis model Fairclough. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif deskriptif dengan kaedah analisis dokumen oleh pengkaji sebagai sampel. Kajian analisis dan kepustakaan dilaksanakan di Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI, Perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan sekitar Tanjung Malim. Analisis Wacana Kritis diaplikasikan dalam bahan sastera untuk melihat kekuatan dan kelemahan teks dari aspek kohesi dan koheren berpandukan model Fairclough. Lapan bahagian dalam aspek kohesi dan koheren telah digunakan dalam analisis teks cerpen. Dapatan kajian menunjukkan cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” memperoleh unit aspek kohesi dan koheren yang tertinggi iaitu berjumlah 98 unit berbanding 91 unit bagi cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”. Implikasi kajian menjurus kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), guru dan pengkaji lain supaya menerapkan hasil kajian ini dalam penggubalan buku-buku komponen sastera. Kesimpulannya, aspek kohesi dan koheren adalah penting kepada pihak KPM, guru dan penyelidik untuk dikaji dari semasa ke semasa demi melonjakkan kelestarian penggunaan wacana dalam pengajaran Bahasa Melayu.