Penilaian pendekatan pembezaan pengajaran terhadap pencapaian dan sikap murid dalam tajuk ikatan kimia (IR)

Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan menilai pendekatan pembezaan pengajaran terhadap pencapaian dan sikap murid terhadap kimia. Teknik pensampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini yang melibatkan dua buah sekolah menengah harian dari daerah Kuala Kangsar, Perak. Seramai 73 orang murid tingka...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Shafiza Hanim Azizan
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2017
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4764
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan menilai pendekatan pembezaan pengajaran terhadap pencapaian dan sikap murid terhadap kimia. Teknik pensampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini yang melibatkan dua buah sekolah menengah harian dari daerah Kuala Kangsar, Perak. Seramai 73 orang murid tingkatan empat terlibat dalam kajian ini yang mengikuti pendekatan pembezaan pengajaran inkuiri 5E dan pengajaran inkuiri 5E bagi tajuk ikatan kimia yang berlangsung selama dua minggu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pencapaian Kimia dan Soal Selidik Sikap Terhadap Kimia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian pra antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Apabila perbezaan dalam skor min ujian pra dilaraskan, didapati pendekatan pengajaran tidak menunjukkan kesan yang signifikan terhadap skor min ujian pasca. Ini bermakna, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kajian ini juga mendapati kedua-dua kumpulan eksperimen dan kawalan menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian pasca bagi Ujian Pencapaian Kimia. Kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap terhadap kimia antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kesimpulannya, pendekatan pembezaan pengajaran tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap pencapaian murid tetapi menunjukkan kesan yang signifikan dalam sikap murid terhadap kimia. Implikasinya, pendekatan pembezaan pengajaran dapat menggalakkan penglibatan murid secara aktif semasa pembelajaran dan memupuk sikap positif murid terhadap kimia. Oleh itu, pendekatan pembezaan pengajaran boleh menyokong dan memudahkan pembelajaran murid dalam kimia.