Pengaruh atribut inovasi sebagai pengantara dalam hubungan antara kepimpinan teknologi dengan integrasi teknologi web

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Atribut Inovasi (AI), KepimpinanTeknologi Guru (KTG) dan Integrasi Teknologi (IT) web di sekolah serta pengaruh AI sebagaipengantara di antara KTG dan IT. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakandalam kajian ini. Ser...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Khairul Syazwan Zamri
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5062
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Atribut Inovasi (AI), KepimpinanTeknologi Guru (KTG) dan Integrasi Teknologi (IT) web di sekolah serta pengaruh AI sebagaipengantara di antara KTG dan IT. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakandalam kajian ini. Seramai 412 orang responden telah dipilih menggunakan dua peringkat persampelaniaitu kluster dan berstrata. Sampel kajian terdiri daripada guru- guru dari sekolah zon selatanSemenanjung Malaysia yang dikategorikan sebagai lima bintang dalam penarafan Smart SchoolQualification Standards (SSQS). Tiga set instrumen iaitu National Educational Standards -Administrator (NETS-A), Diffusion of Innovation dan Technological Pedagogical Content Knowledge(TPACK) telah digunakan dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan Model PersamaanStruktural. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara KTG dan AI (β=0.64, p = 0.001), AI dan IT (β =0.69, p = 0.003) dan KTG dan IT (β = 0.35, p = 0.022). Selain itu,dapatan juga mendapati konstruk AI merupakan pengantara penuh antara konstruk KTG dengan IT.Kesimpulannya AI berpengaruh secara signifikan dan memainkan peranan besar antara KTG dengan IT di sekolah. Implikasi kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan dalam merangkamodul Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada guru-guru.