Faktor penguasaan Qira'at al-Sab'ie dalam kalangan pelajar kelas khas membaca dan menghafal Al-Quran (KKQ) di negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi, minat, sikap, amalanpengajaran guru, pengetahuan Qir’t al-Sab‘ie dan hubungannya dengan tahap penguasaan Qir’tal-Sab‘ie dalam kalangan pelajar Kelas Khas Membaca dan Menghafal al-Quran (KKQ) di SekolahM...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ahmad Junaidi Mohamad Said
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5069
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi, minat, sikap, amalanpengajaran guru, pengetahuan Qir’t al-Sab‘ie dan hubungannya dengan tahap penguasaan Qir’tal-Sab‘ie dalam kalangan pelajar Kelas Khas Membaca dan Menghafal al-Quran (KKQ) di SekolahMenengah Kebangsaan (SMK) di negeri Perak. Kajian ini dijalankan di 20 buah sekolah denganmelibatkan 308 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua. Kajian ini menggunakanpendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan berdasarkan Model Pembelajaran Al-Nawawi denganmenggunakan dua instrumen iaitu satu set borang soal selidik dan ujian syafawi. Statistikdeskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk menjelaskan persoalan kajian.Analisis deskriptif menunjukkan tahap motivasi (min=3.59, s.p=0.441), minat (min=3.63, s.p=0.503),sikap (min=3.80, s.p=0.525), amalan pengajaran guru (min=4.01, s.p=0.433) dan pengetahuan Qir’tal-Sab‘ie (min=3.56, s.p=0.739). Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi, minat, sikap danpengetahuan Qir’t al-Sab‘ie pada tahap sederhana tinggi, manakala amalan pengajaran guru beradapada tahap tinggi. Ujian syafawi pula menunjukkan penguasaan Qir’t al-Sab‘ie pada tahap sederhanarendah (min=2.95, s.p=0.940). Sementara itu statistik inferens iaitu ujian-t digunakan untukmenganalisis perbezaan motivasi, minat, sikap, amalan pengajaran guru, pengetahuan Qir’tal-Sab‘ie dan penguasaannya berdasarkan jantina dan tempat tinggal. Kajian mendapati terdapatperbezaan minat berdasarkan tempat tinggal, tahap pengetahuan dan tahap penguasaan Qir’tal-Sab‘ie berdasarkan jantina. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menganalisis hubunganmotivasi, minat, sikap, amalan pengajaran guru dan pengetahuan Qir’t al-Sab‘ie dengan tahappenguasaannya. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi, minat,sikap, amalan pengajaran guru dan pengetahuan Qir’t al-Sab‘ie dengan penguasaannya. Implikasikajian ini mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara elemen-elemen dalam ModelPembelajaran Al-Nawawi dalammeningkatkan keberkesanan penguasaan Qir’t al-Sab‘ie.