Keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam meningkatkan kemahiran komunikasi Matematik pelajar sekolah menengah pertama

Kajian ini untuk menentukan keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalammeningkatkan kemahiran komunikasi matematik pelajar sekolah menengah pertama di Bandar Paser,Indonesia. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini melibatkan pelajarkelas VII seramai 183 daripada tiga...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Hadijah
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5090
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini untuk menentukan keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalammeningkatkan kemahiran komunikasi matematik pelajar sekolah menengah pertama di Bandar Paser,Indonesia. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini melibatkan pelajarkelas VII seramai 183 daripada tiga sekolah menengah pertama, masing-masing mewakili pelajar bagisekolah berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah sesuai dengan keputusan Jabatan PendidikanBandar Paser. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu ujian pra-pasca, soal selidik danborang semak pemerhatian. Data dianalisis menggunakan ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-tsampel berpasangan, ujian ANOVA sehala, dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menggunakan ujian-tmenunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran komunikasi matematik kumpulanrawatan berbanding dengan kumpulan kawalan pada semua tahap pencapaian pelajar sekolah menengahpertama (tinggi, sederhana dan rendah). Nilai ujian-t pada sekolah berpencapaian tinggi t(58)=10.15, p< 0.05, nilai ujian-t pada sekolah berpencapaian sederhana t(56)= 10.97, p< 0.05, dannilai ujian-t pada sekolah berpencapaian rendah t(63)= 14.05, p<0.05. Manakala berdasarkan ujianANOVA sehala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi kemahiran komunikasimatematik pada kumpulan rawatan antara ketiga-tiga sekolah dengan nilai F(89) = 287.96, p < 0.05.Berdasarkan hasil pemerhatian didapati bahawa terdapat perbezaan antara kumpulan rawatan dankawalan, dengan pelajar kumpulan rawatan lebih aktif dalam menyampaikan idea matematik. Pelajarsekolah berpencapaian tinggi memiliki kemahiran komunikasi matematik yang baik, yang dikenal pastipada beberapa aspek dan indikator pemerhatian yang tercapai oleh pelajar semasa proses pembelajaranberbanding pelajar sekolah berpencapaian sederhana dan rendah. Kesimpulannya, pembelajaran denganmenggunakan pendekatan konstruktivisme berkesan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi matematikpelajar sekolah menengah pertama di Bandar Paser. Implikasi kajian ini mencadangkan supayapendekatan konstruktivisme digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran matematik bagimeningkatkan pencapaian kemahiran komunikasi matematik pelajar.