Analisis persejarahan baharu dalam novel Melayu terpilih

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis novel Melayu terpilih dariperspektif Persejarahan Baharu. Bagi mencapai tujuan itu, tiga objektif ditetapkan iaitu,mengenalpasti dan menganalisis hubungan kait unsur sejarah baharu dengan sejarah lamajungkir balik sejarah, pemaknaan baharu, menganal...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ghazali Taib
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5237
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis novel Melayu terpilih dariperspektif Persejarahan Baharu. Bagi mencapai tujuan itu, tiga objektif ditetapkan iaitu,mengenalpasti dan menganalisis hubungan kait unsur sejarah baharu dengan sejarah lamajungkir balik sejarah, pemaknaan baharu, menganalisis hubung kait unsur sejarah baharudengan ideologi pengarang serta menjelaskan sisipan elemen mimikri dalam novel yangdikaji. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan. Sumber utama data kajian ialah novel`1515` oleh Faisal Tehrani (2003) dan novel`Luka Nering` karya Malim Ghozali PK (2014). Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungandan dibincangkan secara deskriptif berpandukan empat prinsip Persejarahan Baharu.Berdasarkan analisis yang dilakukan, kajian ini mendapati unsur sejarah baharu yang terdapat dalamnovel mempunyai kaitan langsung dengan sejarah lama khususnya sejarah kejatuhan Melaka di tanganPortugis pada tahun 1511, sejarah pentadbiran sultan Mahmud, sejarah kesultanan Perak, sejarah pembunuhan J.W.W.Birch dan sejarah Perjanjian Pangkor. Manakala unsur sejarahbaharu yang dapat dikenal pasti ialah kisah keperwirawati tokoh wanita Nyemah Mulya menentangFeringgi di Melaka, tokoh wanita memimpin armada perang Melaka dan Portugal ditaklukMelaka pada tahun 1515. Hasil kajian juga mendapati, unsur sejarah baharu berkait langsung dengan ideologi pengarang. Pengarang didapati dengan sedar menyampaikan visipolitiknya supaya sejarah tentang bangsa dibetulkan dan ditulis semula dengan tujuan mengangkat maruah bangsa Melayu dan agama Islam. Berdasarkan dapatan ini, kajianini mencadangkan supaya sejarah lama tentang penjajahan Barat di Tanah Melayu dinilaisemula supaya fakta dan keterangannyalebih tepat dan sesuai dengan realiti bangsa Melayu masa kini.