Model konseptual penjajaran antara sistem maklumat dengan organisasi di institusi berteraskan pendidikan

Kajian ini menentukan hubungan antara ciri sistem maklumat dan ciri organisasidengan kejayaan sistem maklumat (KS), serta membentuk Model Konseptual Penjajaran antara Sistem Maklumat dengan Organisasi di Institusi Berteraskan Pendidikan (IS-OrgFit Model). Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Razana Baharudin
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5323
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini menentukan hubungan antara ciri sistem maklumat dan ciri organisasidengan kejayaan sistem maklumat (KS), serta membentuk Model Konseptual Penjajaran antara Sistem Maklumat dengan Organisasi di Institusi Berteraskan Pendidikan (IS-OrgFit Model). Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.Pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual digunakan untuk mendapat gambaran awal tentang pelaksanaan sistem maklumat yang melibatkan 15 orang pegawai perkhidmatan pendidikan di Perak. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk membentuk dan menilaiIS-Org Fit Model. Bagi pembentukan model, borang soal selidik diedarkan kepada 375 orangguru di 10 buah sekolah menengah di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Muallim, dan Kinta.Sekolah-sekolah dipilih secara rawak kelompok. Bagi menilai model, enam orang pakar dalambidang sistem maklumat telah dikenal pasti. Data daripada borang soal selidik dianalisis denganmenggunakan statistik deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan P&T-TF(penjajaran antara ciri individu, ciri teknologi, ciri tugas yang dilakukan oleh individu, dan ciritugas yang dibekalkan oleh teknologi), ?= 0.25, =.00 dan ISS-OMSF (penjajaran antarastrategi sistem maklumat dan strategi pengurusan organisasi), ?=0.59, =.00, merupakan peramal kepada KS, F(2,372)=309.37, =.00 dan signifikan pada