Kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru reka bentuk dan teknologi terhadap amalan dalam pentaksiran berasaskan sekolah

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifatholistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum StandardSekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan mengenal pa...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Siti Nor Aisah Moktar
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5394
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifatholistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum StandardSekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesediaan, penerimaandan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) terhadap amalan dalamPBS di sekolah kebangsaan negeri-negeri di zon selatan iaitu Negeri Sembilan,Melaka dan Johor. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan bagi mengumpul data. Sampel kajian adalah seramai 275 orang guruyang terdiri daripada guru yang mengajar murid tahun 4, 5 dan 6 dari 275 buahsekolah yang telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidikyang terdiri daripada 12 item yang telah dibina dan melalui proses kesahan dankebolehpercayaan. Analisis yang digunakan dalam kajian ini ialah kekerapan danperatusan, ujian korelasi dan regresi pelbagai. Data yang telah dikumpul dianalisismenggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS). Hasil dapatankajian menunjukkan amalan guru sebelum dengan min 3.97 (SP=.687), semasadengan min 4.00 (SP=.604) dan selepas dengan min 4.02 (SP=.627) melaksanakanpentaksiran adalah baik. Hasil ujian korelasi menunjukkan terdapatnya hubunganyang signifikan pada tahap 0.01 di antara kesediaan, penerimaan dan pengoperasianguru RBT terhadap amalan dalam melaksanakan PBS (r=0.403). Hasil ujian regresipelbagai menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan bagi konstruk kesediaan,penerimaan dan pengoperasian terhadap amalan guru RBT melaksanakan PBS(=0.497). Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa amalan gurudalam melaksanakan PBS berada di tahap yang baik dengan min 4.01 (SP=.572) dimana guru melaksanakan PBS mengikut amalan yang telah ditetapkan. Implikasidaripada kajian ini diharap dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, guru besar-guru besar danguru-guru dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Malaysia menerusipelaksanaan PBS.