Penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di Taska Kemas, Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di TASKA KEMAS, Perak. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahappenglibatan ibu bapa daripada perspektif ibu bapa dan guru serta mengkaji kerjasama ibubapa di TASKA KEMAS. Kajian tinjauan menggunakan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Norjumira Abd Raof
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5436
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di TASKA KEMAS, Perak. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahappenglibatan ibu bapa daripada perspektif ibu bapa dan guru serta mengkaji kerjasama ibubapa di TASKA KEMAS. Kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dan kajiankualitatif menggunakan temu bual. Sampel terdiri daripada 47 orang ibu bapa dan 28 orang guruTASKA KEMAS. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti min,sisihan piawai dan peratusan. Data kualitatif pula dianalisis secara tematik olehBoyatzis (1998) berdasarkan transkrip temu bual. Dapatan kuantitatif menunjukkan penglibatan ibubapa daripada perspektif mereka berada pada tahap yang sederhana (min = 3.234, SP =0.757). Daripada perspektif guru pula, penglibatan ibu bapa di TASKA juga berada pada tahapyang sederhana (min = 3.365, SP = 0.667). Dapatan kajian kualitatif pula mendapatikerjasama daripada ibu bapa di TASKA KEMAS masih kurang memuaskan dari segi bentuk kerjasama yangdiberikan oleh ibu bapa kerana halangan besar ibu bapa adalah kekangan masa. Kesimpulannya,penglibatan dan kerjasama daripada ibu bapa dalam didikan kanak-kanak di TASKA masih lagisederhana dan perlu ditingkatkan untuk kepentingan perkembangan kanak-kanak. Implikasi kajian ini menunjukkan penglibatan dan kerjasama daripada ibu bapa penting untukmeningkatkan kefahaman yang mendalam berkaitan keperluan dan kepentingan kanak-kanak sertamemberi sokongan dan manfaat dalam pembelajaran kanak-kanak di TASKA. Penganjuran aktivitidan program yang dianjurkan oleh guru hendaklah mengikut kesesuaian masaibu bapa agar penglibatan ibu bapa dapat dikekalkan secara konsisten.