Pengurusan masalah tingkah laku berulangan murid autistik menggunakan aktiviti seni visual

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti seni visual yang sesuai untukmengurus masalah tingkah laku murid autistik. Objektif kajian ini adalah untukmengenal pasti masalah tingkah laku berulangan murid autistik, jenis aktiviti senivisual yang sesuai dan kesannya terhadap masalah tingkah lak...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Theluguthally Guruloo
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5486
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti seni visual yang sesuai untukmengurus masalah tingkah laku murid autistik. Objektif kajian ini adalah untukmengenal pasti masalah tingkah laku berulangan murid autistik, jenis aktiviti senivisual yang sesuai dan kesannya terhadap masalah tingkah laku berulangan. Rekabentuk kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Responden dipilih menggunakankaedah persampelan bertujuan melibatkan empat orang murid autistik dan seorangguru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah yang menawarkan ProgramPendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Kulim, Kedah Instrumen kajian yangdigunakan ialah senarai semak masalah tingkah laku berulangan, soalan temu bualmurid dan guru serta analisis dokumen. Data pemerhatian, temu bual dan analisisdokumen dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati aktiviti seni visualberasaskan percikan dan capan berkesan dalam mengurus masalah tingkah lakuberulangan murid autistik dalam bilik darjah. Masalah tingkah laku berulangan lebihbanyak berkurangan melalui aktiviti capan menggunakan cap jari tangan danmenggunakan bahan semulajadi. Kesimpulannya aktiviti seni visual dapat digunakansecara berkesan untuk mengurus masalah tingkah laku berulangan dalam kalanganmurid autistik. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan aktiviti seni visual adalahsesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid autistik bagimengurus masalah tingkah laku berulangan.