Pengurusan masalah tingkah laku berulangan murid autistik menggunakan aktiviti seni visual

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti seni visual yang sesuai untukmengurus masalah tingkah laku murid autistik. Objektif kajian ini adalah untukmengenal pasti masalah tingkah laku berulangan murid autistik, jenis aktiviti senivisual yang sesuai dan kesannya terhadap masalah tingkah lak...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Theluguthally Guruloo
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5486
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti seni visual yang sesuai untukmengurus masalah tingkah laku murid autistik. Objektif kajian ini adalah untukmengenal pasti masalah tingkah laku berulangan murid autistik, jenis aktiviti senivisual yang sesuai dan kesannya terhadap masalah tingkah laku berulangan. Rekabentuk kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Responden dipilih menggunakankaedah persampelan bertujuan melibatkan empat orang murid autistik dan seorangguru pendidikan khas di sebuah sekolah menengah yang menawarkan ProgramPendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Kulim, Kedah Instrumen kajian yangdigunakan ialah senarai semak masalah tingkah laku berulangan, soalan temu bualmurid dan guru serta analisis dokumen. Data pemerhatian, temu bual dan analisisdokumen dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati aktiviti seni visualberasaskan percikan dan capan berkesan dalam mengurus masalah tingkah lakuberulangan murid autistik dalam bilik darjah. Masalah tingkah laku berulangan lebihbanyak berkurangan melalui aktiviti capan menggunakan cap jari tangan danmenggunakan bahan semulajadi. Kesimpulannya aktiviti seni visual dapat digunakansecara berkesan untuk mengurus masalah tingkah laku berulangan dalam kalanganmurid autistik. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan aktiviti seni visual adalahsesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid autistik bagimengurus masalah tingkah laku berulangan.