Analisis pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau dalam kalangan pelajar tingkatan empat

Kajian ini bertujuan menganalisis pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijaudalam kalangan pelajar tingkatan empat berdasarkan aliran pelajar dan lokasi sekolah dalamdaerah Larut Matang dan Selama, Perak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauantelah digunakan dalam kajian...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Izzati Amira Abdullah Nizzar
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2020
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5596
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menganalisis pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijaudalam kalangan pelajar tingkatan empat berdasarkan aliran pelajar dan lokasi sekolah dalamdaerah Larut Matang dan Selama, Perak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauantelah digunakan dalam kajian ini. Dua set instrumen kajian; soal selidik dan soalan objektifberaneka pilihan ini juga telah melalui proses pengesahan menggunakan darjah persetujuanpakar manakala kajian rintis juga dijalankan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan.Kedua-dua nilai yang dicatatkan berada dalam keadaan baik dan diterima untuk kajian sebenar.Pemilihan subjek kajian dijalankan secara rawak melibatkan 410 orang pelajar tingkatanempat daripada pelbagai aliran; sains dan bukan sains dan lokasi sekolah. Datadianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan kimia hijaudengan tahap kesedaran kimia hijau, tahap sikap kimia hijau dan tahap amalan kimia hijau. Dapatankajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat berdasarkan alirandan lokasi sekolah. Analisis regresi linear berganda juga menunjukkan tahap kesedaran,sikap dan amalan kimia hijau adalah peramal yang siginifikan terhadap pencapaian ujianpengetahuan kimia hijau dengan persamaan regresi; tahap pengetahuan kimia hijau = -67.087 +1.041(tahap kesedaran)+ 0.272 (tahap sikap) + 0.310 (tahap amalan) kimia hijau. Kesimpulan daripada kajian menunjukkananalisis pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau dalam kalangan pelajarmempunyai hubungan dan perbezaan yang signifikan berdasarkan aliran dan lokasi sekolah.Implikasi kajian menunjukkan pengujian soalan objektif berdasarkan 12 prinsip kimia hijaumampu mengukur secara efektif tahap pengetahuankimia hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah.