Kesesuaian aras soalan Matematik tingkatan empat berdasarkan Taksonomi Bloom bagi menggalakkan komunikasi efektif dan produktif

Kajian ini bertujuan untuk menentukan aras soalan Matematik tingkatan empat yangbersesuaian berdasarkan Taksonomi Bloom dalam menggalakkan muridberkomunikasi secara efektif dan produktif. Kajian kualitatif ini melibatkan tiga orangmurid tingkatan empat di sebuah sekolah di daerah Seremban. Kaedah pe...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Noor Akmar Azlan
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=5918
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menentukan aras soalan Matematik tingkatan empat yangbersesuaian berdasarkan Taksonomi Bloom dalam menggalakkan muridberkomunikasi secara efektif dan produktif. Kajian kualitatif ini melibatkan tiga orangmurid tingkatan empat di sebuah sekolah di daerah Seremban. Kaedah pemerhatianmelalui rakaman video merupakan kaedah utama bagi pengumpulan data primer. Notalapangan dan hasil kerja murid juga diambil kira sebagai data sekunder bagimelengkapkan data video. Data video dianalisis dengan menggunakan model wacanaSfard dan Kieran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aras soalan berdasarkanTaksonomi Bloom memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan komunikasiantara murid. Dua kategori komunikasi dikenal pasti. Kategori pertama melibatkan arasaplikasi dan analisis di mana murid terlibat secara efektif dan produktif dalamkomunikasi matematik ketika berinteraksi sesame mereka. Sebaliknya kategori keduamelibatkan aras pengetahuan dan kefahaman di mana murid tidak terlibat dalamkomunikasi matematik semasa berinteraksi sesame mereka. Kesimpulannya, arassoalan aplikasi dan analisis akan dapat menggalakkan komunikasi efektif dan produktifdalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Implikasinya, penggunaan aras soalanaplikasi dan analisis amat penting dalam membentuk murid untuk berkomunikasisecara efektif dan produktif sewaktu pembelajaran Matematik dalam bilik darjah.