Hubungan faktor sikap, pengetahuan dan kemahiran guru disiplin di SJKC zon Sentul

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap faktor sikap, pengetahuan dan kemahiran guru- gurudisiplin di SJKC Zon Sentul, Kuala Lumpur. Kajian ini juga menentukan hubungan sama ada terdapatperbezaan signifikan terhadap faktor demografi yang terpilih. Kajian ini juga bertujuan untukmeneliti hubungan k...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Masnawi Abdul Rahman
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6069
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap faktor sikap, pengetahuan dan kemahiran guru- gurudisiplin di SJKC Zon Sentul, Kuala Lumpur. Kajian ini juga menentukan hubungan sama ada terdapatperbezaan signifikan terhadap faktor demografi yang terpilih. Kajian ini juga bertujuan untukmeneliti hubungan korelasi antara ketiga-tiga pembolehubah tersebut. Kaedah kuantitatif berbentukkorelasi digunakan di dalam kajian ini, yang mana instrumen soalan selidik telah digunakan untukmengumpul data. Sampel kajian ini ialah 241 orang guru disiplin dari 14 buah SJKC daerahSentul. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti min,sisihan piawai, ujian t, Anova dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan (a) nilai min bagiketiga-tiga pembolehubah adalah sederhana (3.701), (b) Dapatan kajian juga menunjukkanterdapat perbezaan yang signifikan terhadap guru yang menghadiri dan tidak menghadiri kursusdengan nilai p=0.002 lebih kecil daripada 0.05. (c) Hasil ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikandiantara tahap pengalaman dan umur terhadap sikap F (3, 237) =8.788, p=0.000, tahap pengetahuan F(3, 237) =60.449, p=0.000 dan tahap kemahiran F (3, 237) =46.466, p=0.000. (d) korelasi di antarasikap (r=0.350, p=0.000), pengetahuan (r=0.640, p=0.000) dan kemahiran guru disiplin (r=0.912,p=0.000) adalah signifikan. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan, faktor sikap, tahap pengetahuandan kemahiran guru disiplin di SJKC memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap kecekapanmereka di dalam pengurusan disiplin sekolah. Implikasi kajian ini menjelaskan faktor sikap,pengetahuan dan kemahiran saling berkait rapat di dalam meningkat an kecekapan pengurusan disiplindalam kalangan guru-guru disiplin. Kesimpulan kajian