Penilaian pelaksanaan mata pelajaran teknologi kejuruteraan dan reka cipta di sekolah menengah harian Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran TeknologiKejuruteraan (TK), Lukisan Kejuruteraan (LK) dan Reka Cipta (RC) daripada dimensiinput, proses dan produk menggunakan model CIPP sebagai kerangka konseptual kajian. Teoripenilaian Taba, Stake dan Hammond serta model Finch dan Cr...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Tafizam Mohd Taib
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6103
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran TeknologiKejuruteraan (TK), Lukisan Kejuruteraan (LK) dan Reka Cipta (RC) daripada dimensiinput, proses dan produk menggunakan model CIPP sebagai kerangka konseptual kajian. Teoripenilaian Taba, Stake dan Hammond serta model Finch dan Crunkilton, Kirkpatrick dan Stenhousedijadikan panduan untuk memilih konstruk kajian iaitu kurikulum, prasarana, pengetahuan dan kemahiran guru, kesediaan pelajar, peranan pentadbir, proses pelaksanaan, prosespemantauan, proses pengajaran dan pembelajaran serta kompetensi pelajar. Reka bentuk kajianini adalah penilaian program. Pensampelan rawak berstrata digunakan untuk memilih 712 respondendari 137 buah Sekolah Menengah Harian yang terdiri daripada 159 pentadbir, 176 guru dan377 pelajar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, protokol temubual dan senarai semak pemerhatian. Dapatan deskriptif soal selidik menunjukkan pentadbirdan guru tidak pasti samada kelengkapan bengkel adalah mencukupi (M=3.39, SD=0.50).Analisis ANOVA mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam kalangan pentadbir dan guru TK, LKdan RC terhadap kelengkapan bengkel [F(2, 332)=21.870; p