Pembinaan Modul Love Biology dan kesannya terhadap kemahiran berfikir aras tinggi serta hubungannya dengan minat pelajar

Kajian ini bertujuan membina Modul Love Biology dan menilai kesannya terhadappencapaian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta hubungan minat denganKBAT pelajar. Pembinaan modul ini berdasarkan pembelajaran inkuiri dan koperatifdalam Bab 8: Ekosistem Dinamik. Kajian ini menggunakan dua jenis re...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Krisnavimala Krishuan
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6205
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan membina Modul Love Biology dan menilai kesannya terhadappencapaian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta hubungan minat denganKBAT pelajar. Pembinaan modul ini berdasarkan pembelajaran inkuiri dan koperatifdalam Bab 8: Ekosistem Dinamik. Kajian ini menggunakan dua jenis rekabentuk iaiturekabentuk pembangunan bagi membangunkan modul menggunakan Model Sidek danJamaludin dan rekabentuk kuasi eksperimen untuk menentukan kesan modul terhadapKBAT. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan rawakberkelompok melibatkan 86 orang pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambilmata pelajaran Biologi dari dua buah sekolah di daerah Betong, Sarawak. Respondenkajian terdiri daripada 43 orang pelajar kumpulan rawatan dan 43 orang pelajarkumpulan kawalan. Instrumen kajian yang digunakan mendapat kesahan peratuspersetujuan pakar yang tinggi untuk ujian pencapaian pra dan pasca (100%) dan soalselidik (93.2%) serta kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alphanyaialah 0.82 (ujian pra dan pasca) dan 0.88 (soal selidik). Data dianalisis denganmenggunakan statistik deskriptif dan inferens. Kesahan Modul Love Biology adalahbaik dengan peratus persetujuan pakar (97.6%) dan kebolehpercayaan (0.89) yangtinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian minujian pasca pada kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan, dengan kumpulan rawatanmemperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan (t(84)=9.406,p