Pembangunan dan pengesahan model penerimaan teknologi (TAM) E-portfolio kerjaya bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran graduan Politeknik

Kajian ini bertujuan membangunkan model penerimaan aplikasi e-portfolioberdasarkan Technology Acceptance Model (TAM) sebagai instrumen bagimembantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar politeknik terutamanya bagimempamerkan aspek kemahiran generik mereka. Reka bentuk kajian menggunakankaedah kuantita...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Norleeza Muhammad
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6262
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan membangunkan model penerimaan aplikasi e-portfolioberdasarkan Technology Acceptance Model (TAM) sebagai instrumen bagimembantu meningkatkan kebolehpasaran pelajar politeknik terutamanya bagimempamerkan aspek kemahiran generik mereka. Reka bentuk kajian menggunakankaedah kuantitatif secara tinjauan. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumenkajian bagi pengumpulan data yang melibatkan seramai 389 orang pelajar DiplomaUkur Bahan di seluruh politeknik di Malaysia yang terdiri dari pelajar semester limadan enam. Bagi mengenal pasti hubungan antara lima faktor utama iaitu persepsimudah guna, persepsi kebergunaan, tingkah laku terhadap penggunaan , hasrat untukmenggunakan dan penggunaan sebenar ke arah penggunaan e-portfolio sebagaimedium untuk kebolehpasaran graduan, analisis Model Persamaan Struktural telahdigunakan. Dapatan kajian menunjukkan hubungan setiap faktor adalah signifikankecuali hubungan antara persepsi mudah guna dan persepsi kebergunaan ke arahtingkah laku terhadap penggunaan. Model Persamaan Struktural alternatif TAM bagie-portfolio telah dibangunkan dengan keputusan indeks Goodness Of Fit yangsignifikan iaitu CMIN/DF=1.65, CFI=.91I, TLI=.905 dan RMSEA=.041. Implikasikajian ini mencadangkan Model Penerimaan Teknologi (TAM) E-Portfolio digunakanbagi meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik di Malaysia.