Analisis kefahaman numerasi murid sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peringkat kefahaman numerasi murid TahunEmpat berasaskan Model Kritikal Numerasi. Empat peringkat dalam Model PeringkatKefahaman Numerasi (MPKN) yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pentafsirankod, pemerolehan pengetahuan, aplikasi dan analisis. Responden kaj...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Siti Rahaimah Ali
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6466
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peringkat kefahaman numerasi murid TahunEmpat berasaskan Model Kritikal Numerasi. Empat peringkat dalam Model PeringkatKefahaman Numerasi (MPKN) yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pentafsirankod, pemerolehan pengetahuan, aplikasi dan analisis. Responden kajian terdiridaripada enam orang murid Tahun Empat dipilih berdasarkan keputusan ujianmatematik bulanan iaitu dua orang bagi setiap tahap; cemerlang, sederhana dan lemah.Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif di mana temu duga dijalankan bagimengumpul data. Siri temu duga mengandungi lima tugasan telah diberikan bagimenentukan peringkat kefahaman numerasi responden. Hasil kajian mendapati,seorang murid berada pada peringkat aplikasi iaitu dapat menyelesaikan semua aktivitipembelajaran yang melibatkan konsep dan fakta matematik, memilih dan menentukanprosedur serta berkemampuan memberi alasan pada setiap jawapan yang diberikan.Tiga orang murid berada di peringkat pemerolehan pengetahuan. Keupayaan murid diperingkat ini ialah dapat menghuraikan fakta asas, menjelaskan, mendefinisikan danmerumuskan operasi yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Selebihnya adalahmurid yang berada di peringkat pentafsiran kod, di mana pada peringkat ini merekadapat membaca, memahami, menyatakan terminologi matematik, menyenaraikanistilah, mengenal pasti konsep matematik, menggambarkan dan melukis idea-ideautama serta dapat mewakilkannya dalam bentuk rajah berdasarkan model MPKN.Hasil kajian juga mendapati terdapat empat kesilapan utama yang berjaya dikesanmelalui aplikasi MPKN iaitu tidak memahami soalan, kegagalan membuattransformasi, kesilapan kemahiran proses dan kecuaian. Kesimpulannya, MPKNmampu mengenal pasti peringkat kefahaman numerasi dan mengesan kesilapan murid.Kajian ini juga memberi implikasi terhadap keperluan penambahbaikan kaedahpenilaian kefahaman numerasi dalam kalangan murid di sekolah rendah melaluiMPKN.