Simbol kecantikan wanita dalam mantera berdasarkan teori semiotik

Kajian simbol kecantikan wanita dalam mantera menumpukan penelitian terhadapunsur simbol kecantikan wanita yang terdapat dalam teks Ulit Mayang Kumpulan ManteraMelayu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji simbol kecantikan wanita dalam manteraberdasarkan teori semiotik. Objektif kajian adalah unt...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Noor Hafizah Zamri
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6697
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian simbol kecantikan wanita dalam mantera menumpukan penelitian terhadapunsur simbol kecantikan wanita yang terdapat dalam teks Ulit Mayang Kumpulan ManteraMelayu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji simbol kecantikan wanita dalam manteraberdasarkan teori semiotik. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti simbol danmenganalisis makna simbol kecantikan wanita yang digunakan dalam mantera Melayu. Rekabentuk kajian ini adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan bagimenelaah bahan rujukan ahli sarjana luar dan dalam negara sebagai hujah untuk menyokong analisispengkaji. Analisis kandungan pula pengkaji secara teliti mengenal pasti simbol danmenganalisis makna simbol kecantikan wanita secara luaran dan dalaman yang terdapat dalam teksUlit Mayang Kumpulan Mantera Melayu. Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semaksimbol dan makna simbol kecantikan wanita secara luaran dan dalaman dalam manteraberdasarkan model perkaitan tanda dalam teori semiotik Pierce. Dapatan kajian menemukansimbol kecantikan luaran terdiri daripada anggota badan, objek atau perkara dantumbuh-tumbuhan, sementara simbol kecantikan dalaman pula terdiri daripada cakerawala,binatang dan juga tumbuh-tumbuhan merujuk kepada sifat dalaman wanita bukan sekadardinilai luaran sahaja. Penelitian yang telah dilakukan terhadap teks Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu dengan menggunakan teori semiotik Pierce mendapati bahawa ikon,indeks dan simbol yang digunakan amat dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu bagipenyampaian konsep kecantikan wanita secara luaran dan dalaman untuk memperlihatkan kearifantempatan yang digambarkan dalam masyarakat Melayu terdahulu sebagai ilmu danpendidikan kepada generasi kini dalam mengungkapkan makna di sebalik tanda.