Simbol kecantikan wanita dalam mantera berdasarkan teori semiotik

Kajian simbol kecantikan wanita dalam mantera menumpukan penelitian terhadapunsur simbol kecantikan wanita yang terdapat dalam teks Ulit Mayang Kumpulan ManteraMelayu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji simbol kecantikan wanita dalam manteraberdasarkan teori semiotik. Objektif kajian adalah unt...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Noor Hafizah Zamri
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2020
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6697
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian simbol kecantikan wanita dalam mantera menumpukan penelitian terhadapunsur simbol kecantikan wanita yang terdapat dalam teks Ulit Mayang Kumpulan ManteraMelayu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji simbol kecantikan wanita dalam manteraberdasarkan teori semiotik. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti simbol danmenganalisis makna simbol kecantikan wanita yang digunakan dalam mantera Melayu. Rekabentuk kajian ini adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan bagimenelaah bahan rujukan ahli sarjana luar dan dalam negara sebagai hujah untuk menyokong analisispengkaji. Analisis kandungan pula pengkaji secara teliti mengenal pasti simbol danmenganalisis makna simbol kecantikan wanita secara luaran dan dalaman yang terdapat dalam teksUlit Mayang Kumpulan Mantera Melayu. Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semaksimbol dan makna simbol kecantikan wanita secara luaran dan dalaman dalam manteraberdasarkan model perkaitan tanda dalam teori semiotik Pierce. Dapatan kajian menemukansimbol kecantikan luaran terdiri daripada anggota badan, objek atau perkara dantumbuh-tumbuhan, sementara simbol kecantikan dalaman pula terdiri daripada cakerawala,binatang dan juga tumbuh-tumbuhan merujuk kepada sifat dalaman wanita bukan sekadardinilai luaran sahaja. Penelitian yang telah dilakukan terhadap teks Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu dengan menggunakan teori semiotik Pierce mendapati bahawa ikon,indeks dan simbol yang digunakan amat dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu bagipenyampaian konsep kecantikan wanita secara luaran dan dalaman untuk memperlihatkan kearifantempatan yang digambarkan dalam masyarakat Melayu terdahulu sebagai ilmu danpendidikan kepada generasi kini dalam mengungkapkan makna di sebalik tanda.