Pembinaan garis panduan perbualan pendidik (BuDi) bagi menyokong perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak 3 tahun

Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah garis panduan perbualan sebagai panduankepada pendidik untuk melaksanakan perbualan yang efektif di TASKA bagi menyokongperkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak daripada aspek kemahiran semantik dan pragmatik. Garis panduan perbualan yang dinamakan seb...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nur Fatin Zainuddin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6727
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah garis panduan perbualan sebagai panduankepada pendidik untuk melaksanakan perbualan yang efektif di TASKA bagi menyokongperkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak daripada aspek kemahiran semantik dan pragmatik. Garis panduan perbualan yang dinamakan sebagai Garis Panduan BuDi inidihasilkan bagi mengisi kekurangan panduan perbualan antara pendidik dan kanak-kanak danbagi mengatasi kelemahan pendidik yang tidak mahir untuk berinteraksi dengan kanak-kanak. Kajianini dijalankan secara kualitatif melibatkan reka bentuk kajian kes ke atas sebuah TASKA kerajaandalam daerah Muallim yang melibatkan seorang pendidik dan dua orang kanak-kanak yang berumur 3tahun semasa kajian dijalankan. Pemerhatian, temu bual, senarai semak dan analisisdokumen menjadi kaedah utama bagi pengumpulan data kajian ini. Analisis kandunganbertema, transkripsi dan skor senarai semak telah digunakan sebagai cara menganalisis data. Teori Pembelajaran Semulajadi-Perkembangan Bahasa Holdaway dijadikan asas bagipembinaan kerangka garis panduan perbualan pendidik yang menggunakan model reka bentukinstruksi Dick dan Carey. Dapatan kajian menunjukkan Garis Panduan BuDi memilikiciri-ciri kebolehgunaan yang mudah difahami dan mudah dilaksanakan semasa aktiviti bersamakanak-kanak di TASKA. Selain itu, pendidik menggunakan garis panduan ini untuk mengenalpasti peringkat perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak dan juga strategi perbualanyang sesuai bagi setiap peringkat. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan kesan yang positifterhadap pencapaian kefahaman dan penambahan kosa kata (semantik) dan fungsi bahasa (pragmatik) kanak-kanak dalam kajian ini. Kesimpulannya, garis panduan perbualan inidapat memberi panduan kepada pendidik mengenai strategi perbualan yang lebih efektif untuk menyokong bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Implikasi kajian ini ialah pendidik perlupeka kepada tahap perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak dan lebih cakna dengan strategiperbualan kanak-kanak di TASKA. Justeru, satu kajian yang berskala lebih besar perludilaksanakan untuk melihat kesan penggunaan garis panduan ini bukan sahajakepada bahasa dan komunikasi tetapi juga domain perkembangan yang lain.