Kesan strategi pengajaran timbal balik terhadap kemahiran membaca, minat dan keseronokan membaca

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan Strategi Pengajaran TimbalBalik (SPTB) terhadap kemahiran membaca, kemajuan kemahiran membaca, minat dan keseronokan membaca murid dalam mata pelajaran Bahasa Cina. Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi. Subjek kajian terdiri dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ooi, Li Jie
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6731
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan Strategi Pengajaran TimbalBalik (SPTB) terhadap kemahiran membaca, kemajuan kemahiran membaca, minat dan keseronokan membaca murid dalam mata pelajaran Bahasa Cina. Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi. Subjek kajian terdiri daripada murid- murid Sekolah JenisKebangsaan Cina (SJKC) di daerah Kinta Utara, negeri Perak. Seramai 63 orang murid Tahun Limadilibatkan. Kelas rawatan dan kawalan ditentukan secara rawak. Sebanyak 35 orang murid dalamkumpulan rawatan diajar menggunakan SPTB dan 28 orang murid dalam kumpulan kawalan diajarmenggunakan teknik konvensional. Data kuantitatif tentang kemahiran membaca dikutip melalui ujianpra, ujian pertengahan 1 dan 2, ujian pos dan data tentang minat dan keseronokan membaca dikutipmelalui soal selidik. Data kualitatif juga dikutip untuk menyokong data-data kuantitatif melaluitemu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiranmembaca antara kumpulan rawatan (M=58.06, SP=16.37) dan kumpulan kawalan (M=48.18, SP=19.62)dalam ujian pos, t(61)=3.13, p0.05 dalam ujian pertengahan 1.Walaubagaimanapun terdapat perbezaan kemahiran membaca yang signifikan dalam ujian pertengahan2 antara kumpulan rawatan (M=52.83, SP=16.25) dan kumpulan kawalan (M=42.82, SP=16.04), t(61)=2.44,p