Pembinaan bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak pemain lelaki bawah 14 tahun
Kajian ini bertujuan membina bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak pemainlelaki bawah 14 tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan(cross-sectional). Seramai 208 orang pemain bola sepak lelaki bawah 14 dipilih menjadisampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2021
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6867 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kajian ini bertujuan membina bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak pemainlelaki bawah 14 tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan(cross-sectional). Seramai 208 orang pemain bola sepak lelaki bawah 14 dipilih menjadisampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Instrumen kajian yang terdiri daripada sejarah latihan, antropometri, kecergasan fizikal, kemahiran teknikal,kebolehan bermain bola sepak, kemahiran taktikal, psikologi, sosiologi, persekitaran danpenilaian subjektif jurulatih mempunyai nilai kesahan (r = .82 .96), kebolehpercayaan (r =.81 .99) dan objektiviti (r = .91 .99) yang tinggi. Data dianalisis dengan menggunakanstatistik deskriptif dan inferensi. Analisis faktor menunjukkan 20 item mewakili soal selidikkemahiran taktikal, 50 item mewakili soal selidik psikologi dan 35 item mewakili soalselidik sokongan sosial. Analisis regresi berganda menunjukkan kesemua variabel peramal mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kebolehan bermain bola sepak [R Squared =.703, F(58, 149) = 6.080, p = .000]. Hasil analisis juga menunjukkan jumlah jam seminggu latihanbola sepak, jumlah jam seminggu perlawanan bola sepak, ketinggian, berat badan, indeksjisim tubuh, lompat jauh berdiri, Yo-Yo intermittent recovery tahap satu, keupayaan pecutberulang Bangsbo, hantaran jauh, menggelecek, transisi bertahan kepada menyerang, transisimenyerang kepada bertahan, keyakinan diri, motivasi, sokongan jurulatih, kesan umurrelatif dan penilaian subjektif jurulatih mempunyai korelasi yang signifikan ke ataskebolehan bermain bola sepak. Analisis deskriptif menunjukkan Skor Indeks Peramal Bakat BolaSepak dapat dibina berdasarkan skor instrumen ujian pengenalpastian bakat bola sepak pemainlelaki bawah 14 tahun. Kesimpulannya, bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak bolehdigunakan untuk mengukur prestasi pemain lelaki bawah 14 tahun. Implikasi kajianmenunjukkan penggunaan bateri ujian pengenalpastian bakat bola sepak dapat membantu jurulatih danpasukan pencarian bakat dalam proses pemilihan pemain lelaki bawah 14 tahun. |
---|