Kedaulatan rakyat dalam perjuangan politik nasionalis kiri Melayu, 1945-1948

Kajian ini bertujuan menganalisis konsep kedaulatan rakyat yang menjadi dasar pemikiran politik yang dibawa oleh golongan nasionalis kiri Melayu pada tahun 1945- 1948. Pemikiran politik ini begitu berbeza daripada feudalisme yang mendasari politik tradisional Melayu. Perkembangan dalam tahun 1945-19...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Wan Noorlizawati Wan Mat Ali
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6942
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menganalisis konsep kedaulatan rakyat yang menjadi dasar pemikiran politik yang dibawa oleh golongan nasionalis kiri Melayu pada tahun 1945- 1948. Pemikiran politik ini begitu berbeza daripada feudalisme yang mendasari politik tradisional Melayu. Perkembangan dalam tahun 1945-1948 memperlihatkan bahawa golongan nasionalis kiri Melayu cuba menonjolkan pemikiran yang mahu memastikan golongan bawahan terlibat dalam politik melalui idea, visi dan konsep yang baharu berasaskan kepada prinsip demokrasi. Kaedah penyelidikan kualitatif dengan tumpuan kepada analisis dokumen ke atas sumber primer dan sekunder. Sumber primer dalam kajian ini meliputi fail, rekod, laporan, akhbar dan majalah yang diterbitkan dalam tempoh kajian. Sumber sekunder ialah buku, jurnal dan tesis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intipati utama dalam kedaulatan rakyat yang diperjuangkan oleh golongan kiri adalah untuk meningkat dan memartabatkan peranan golongan bawahan dalam pentadbiran dengan menjadikan mereka sebagai sumber kuasa. Konsep negara bangsa digunakan untuk memastikan perpaduan dan ini menyebabkan mereka mengiktiraf bahawa semua yang dilahirkan di Tanah Melayu adalah bangsa Melayu dengan syarat mereka memutuskan hubungan dengan tanah asal dan setia kepada Tanah Melayu. Golongan kiri juga ingin melaksanakan demokrasi berasaskan kepada raja berperlembagaan yang mana sultan Melayu dikekalkan sebagai raja. Kesimpulannya, kajian ini membawa pemahaman baharu tentang golongan kiri yang dianggap radikal melalui analisis kepada pemikiran mereka berhubung kedaulatan rakyat yang tercetus pada tahun 1945-1948. Implikasi kajian ini menunjukkan pemahaman terhadap konsep kedaulatan rakyat perlu diterapkan kepada masyarakat bermula daripada peringkat persekolahan lagi supaya mereka menghormati perjuangan generasi terdahulu dalam membentuk negara Malaysia hari ini.