Pengetahuan dan kesedaran ibu bapa tentang taska institusi berdaftar yang berkualiti di daerah Kinta Utara

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengetahuan dan kesedaran ibu bapa tentang

TASKA institusi berdaftar yang berkualiti. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk

Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Ka...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Sumathi Annamalai
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7407
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengetahuan dan kesedaran ibu bapa tentang

TASKA institusi berdaftar yang berkualiti. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk

Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul

data kajian ialah temu bual berstruktur dengan protocol instrumen. Seramai sepuluh orang

ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk diasuh dan dididik di TASKA institusi

berdaftar di daerah Kinta Utara, Perak telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data

dianalisis menggunakan kaedah hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks temu bual

yang ditranskripsi kepada metateks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa masih

tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai TASKA institusi berdaftar sama

ada dari aspek definisi mahupun kurikulum dan isu perlesenan. Walau bagaimanapun, ibu

bapa setuju bahawa mereka sedar perkembangan anak-anak mereka selepas menghadiri

TASKA amat memuaskan dengan peningkatan dalam pelakuan tingkah laku, cara

berbicara, perkembangan fizikal, mahir dalam pengurusan diri dan peningkatan positif. Ibu

bapa juga menghadapi cabaran dalam memilih TASKA institusi berdaftar yang

mengamalkan Kurikulum Asuhan PERMATA kerana tidak mengetahui kepentingannya.

Kesimpulannya, didapati ibu bapa patut mengenal pasti dan memahami punca masalah

yang sering dihadapi semasa memilih TASKA institusi berdaftar berkualiti yang

mengamalkan Kurikulum Asuhan PERMATA untuk mengasuh dan mendidik kanakkanak.

Pengetahuan dan kesedaran dapat ditingkatkan dengan memberikan pengetahuan

mengenai TASKA institusi berdaftar kepada mereka secara meluas melalui pelbagai media

dan kempen. Sebagai implikasi kajian, ibu bapa dapat mengetahui kepentingan

meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang TASKA institusi berdaftar yang

berkualiti yang mengamalkan Kurikulum Asuhan PERMATA supaya pengasuhan dan

perkembangan holistik kanak-kanak terjamin.