Amalan pengajaran berkualiti guru prasekolah: kajian kes di prasekolah KPM Sabah

Kajian ini bertujuan untuk meneroka Amalan Pengajaran Berkualiti (APB) guru

prasekolah ke atas pengetahuan mengajar, kemahiran pengajaran dan perlaksanaan

penilaian pengajaran berdasarkan beberapa Standard yang digu...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Jadira C. Joannes Ajuni
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2019
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7543
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini bertujuan untuk meneroka Amalan Pengajaran Berkualiti (APB) guru

prasekolah ke atas pengetahuan mengajar, kemahiran pengajaran dan perlaksanaan

penilaian pengajaran berdasarkan beberapa Standard yang diguna pakai oleh KPM.

Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk satu kajian kes di pelbagai lokasi melalui

teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap empat orang guru

prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sekitar Sabah yang dipilih

berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Data kualitatif dianalisis melalui tiga

peringkat iaitu i) analisis data secara tidak formal; ii) pra-analisis data secara formal;

dan iii) analisis data secara formal. Kajian rintis serta triangulasi data melalui temubual

separa struktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen memastikan kesahan dan

kebolehpercayaan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga tema utama

yang muncul dikenal pasti iaitu: (i) pengetahuan mengajar; (ii) kemahiran mengajar;

dan (iii) penilaian pengajaran & pembelajaran. Kesimpulan kajian ini menunjukkan tiga

aspek penting yang boleh diguna pakai dalam membuat penilaian kendiri guru iaitu

pengetahuan, kemahiran dan penilaian. Implikasi kajian menunjukkan APB membantu

membangunkan kemenjadian murid prasekolah.