Kualiti air fiziko-kimia di hulu lembangan Sungai Bernam

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti fiziko-kimia air di hulu lembangan

Sungai Bernam kerana terdapat pembinaan kawasan perumahan yang baru dijalankan oleh

pihak pemaju. Sampel air sungai di tiga stesen...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Husna Nabilah Hamidon
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8588
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti fiziko-kimia air di hulu lembangan

Sungai Bernam kerana terdapat pembinaan kawasan perumahan yang baru dijalankan oleh

pihak pemaju. Sampel air sungai di tiga stesen dicerap sebanyak seminggu sekali dari bulan

Oktober 2019 sehingga Februari 2020. Kajian ini melibatkan parameter in-situ dan analisis

makmal berdasarkan enam parameter iaitu oksigen terlarut (DO), pH, kehendak oksigen

biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD), ammonia nitrogen (AN) dan pepejal

terampai (SS). Data yang dicerap dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif.

Sementara itu, analisis non-parametrik iaitu ujian Mann-Kendall digunakan untuk melihat

trend kualiti air di stesen Pekan Tanjong Malim dari tahun 1993 hingga 2018. Data

dianalisis dengan menggunakan Statistical Software for Excel (XLSTAT) 2020. Akhir

sekali, kualiti fiziko-kimia air dikelaskan untuk mengenal pasti status kualiti air

berdasarkan indeks kualiti air (IKA). Dapatan kajian berkenaan dengan pH, BOD, dan

COD menunjukkan trend meningkat manakala TSS menunjukkan trend menurun. Trend

pH yang meningkat menunjukkan keadaan sungai yang bersih sesuai untuk hidupan

akuatik. Seterusnya, BOD dan COD yang meningkat sangat berkait rapat dengan

kumbahan, sisa makanan, serta penggunaan baja kimia dan organik berhampiran dengan

sungai. Tambahan pula, sememangnya terdapat aktiviti pertanian dan kawasan perumahan

di kawasan tersebut. Penurunan trend TSS pula disebabkan oleh aktiviti pembukaan tanah

di kawasan sekitar yang tidak begitu giat seperti tahun sebelumnya kerana kandungan TSS

disumbangkan oleh faktor seperti hakisan ketika musim hujan. Seterusnya, berdasarkan

sampel yang dicerap, status kualiti air sungai berada pada Kelas II. Secara keseluruhan,

kualiti air masih baik dan tidak melampaui tahap yang ditetapkan oleh IKA iaitu Kelas IV

dan Kelas V yang dikira sudah tercemar. Keadaan kualiti air yang bersih dapat menjamin

keselamatan dan kesejahteraan sejagat.