Nilai kemanusian watak-watak dalam cerpen SaiPeer Mohammad berdasarkan tiga domain moral

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis nilai kemanusiaan watak-watak

dalam cerpen Sai Peer Mohammad berdasarkan tiga domain moral Thomas Lickona

serta menghuraikan pengajaran yang terpapar melalui wata...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Paskaran Subramaniam
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2022
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9552
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis nilai kemanusiaan watak-watak

dalam cerpen Sai Peer Mohammad berdasarkan tiga domain moral Thomas Lickona

serta menghuraikan pengajaran yang terpapar melalui watak tersebut. Kajian ini ialah

kajian kepustakaan yang menerapkan kaedah analisis teks dan deskriptif untuk

menganalisis 15 cerpen karya Sai Peer Mohammad. Analisis dan perbincangan dibuat

berpandukan Teori Moral Thomas Lickona merangkumi tiga domain moral yang

terdiri daripada penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 11 nilai kemanusiaan yang dibawa

oleh 20 orang watak dalam cerpen Sai Peer Mohammad. Selain itu, analisis

menunjukkan bahawa ketiga-tiga domain moral telah diterapkan pada kesemua nilai

kemanusiaaan yang dibawa oleh watak-watak yang dikaji. Sementara itu, terdapat 11

pengajaran yang dapat diambil daripada watak-watak dalam cerpen-cerpen Sai Peer

Mohammad. Kesimpulannya, Sai Peer Mohammad berjaya membentuk watak-watak

yang mempunyai nilai kemanusiaan yang menerapkan ketiga-tiga domain moral

Thomas Lickona. Implikasinya, hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan oleh

semua pihak dalam usaha membentuk golongan remaja yang bermoral dan kaya

dengan nilai kemanusiaan dalam usaha melahirkan manusia yang seimbang dan

harmonis.