Analisis metod fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak terhadap fatwa-fatwa dari tahun 2007 hingga 2014

<p>Kajian ini bertujuan menganalisis metod fatwa yang diaplikasi oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak (JFNPk) merujuk kepada beberapa fatwa dari tahun 2007 hingga 2014. Metod berfatwa yang dijalankan oleh JFNPk menerusi penyelidikan yang dijalankan dalam pengeluaran fatwa dengan meliha...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Muhammad Nazirul Mohd Sabri
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9877
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan menganalisis metod fatwa yang diaplikasi oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak (JFNPk) merujuk kepada beberapa fatwa dari tahun 2007 hingga 2014. Metod berfatwa yang dijalankan oleh JFNPk menerusi penyelidikan yang dijalankan dalam pengeluaran fatwa dengan melihat penggunaan kaedah U.ul al-Fiqh sebagai metod penentuan fatwa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis kandungan yang mana kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data disampaikan secara deskriptif. Analisis dokumen terhadap Buku Fatwa Perak Darul Ridzuan Tahun 2007 hingga 2014 terbitan Jabatan Mufti Negeri Perak mendapati terdapat tujuh fatwa berkaitan fiqh yang boleh difahami dan dianalisis sejauh mana ianya berasaskan metod penentuan fatwa. Beberapa tema muncul hasil daripada temubual dengan ahli Majlis Fatwa iaitu maklumat yang tepat mengenai kaedah berfatwa dan amalan penyelidikan yang berlaku dalam pemfatwaan. Hasil kajian menunjukkan keperluan metod fatwa khususnya dari aspek al-takyif mampu meningkatkan tahap kualiti penyelidikan fatwa. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah U.ul al-Fiqh sebagai metod penentuan fatwa kurang diaplikasi secara tepat dan penyelidikan fatwa dibuat secara ringkas terhadap tujuh fatwa berkaitan fiqh sepanjang tahun 2007 hingga 2014 di dalam Buku Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan. Dapatan kajian membawa implikasi bahawa pengeluaran fatwa yang menepati kaedah berfatwa dan metod penyelidikan yang jelas dan tepat mampu meningkatkan prestasi dan kualiti penyelidikan fatwa.</p>