Perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku melalui aktiviti renang berstruktur

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aktiviti renang berstruktur terhadap

perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan

tingkah laku. Pendekatan kualitatif dengan reka...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2023

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9896 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aktiviti renang berstruktur terhadap

perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan

tingkah laku. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan

untuk menjawab tiga persoalan kajian. Tiga instrumen digunakan iaitu analisis

dokumen, temu bual separa berstruktur dan pemerhatian separa berstruktur untuk

memperoleh maklumat perkembangan subjek yang terlibat. Seramai empat orang

kanak-kanak autistik yang terdiri daripada autistik berat, autistik sederhana dan autistik

ringan dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan

kaedah analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam

kemahiran komunikasi (ekspresi wajah dan respons), peningkatan minimum dalam

interaksi sosial (kontak mata, pergaulan rakan sebaya) dan penurunan tingkah laku

agresif serta penurunan kekerapan tingkah laku berulang. Kesimpulannya, kajian ini

menunjukkan bahawa aktiviti renang berstruktur memberikan kesan positif terhadap

perkembangan subjek dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Implikasi kajian ini dapat memberi kesedaran kepada pelbagai pihak berkenaan faedah

aktiviti renang terhadap perkembangan kanak-kanak autistik.