Gaya pembelajaran dan sikap mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya pembelajaran dan sikap terhadap pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan di antara bangsa dan jantina terhadap gaya pembelajaran dan pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Kajian ini telah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norhasyimah Jamil
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2007
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9983
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya pembelajaran dan sikap terhadap pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Selain itu, kajian ini juga melihat hubungan di antara bangsa dan jantina terhadap gaya pembelajaran dan pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di Teluk Intan, Perak. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 di ketiga-tiga buah sekolah kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat am latar belakang responden, Bahagian B terdiri daripada 44 item gaya pembelajaran diambil dari Felder and Solomon's Index of Learning Styles dan Bahagian C mengandungi 20 item sikap yang diambil dan diubahsuai dari Aiken Mathematics Attitude Scale. Alat ujian yang telah digunakan adalah Analisis Frekuensi, Crosstabulation dan Regresi Linear. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan di antara gaya pembelajaran dan sikap dengan pencapaian mata pelajaran Ekonomi STPM. Kajian juga mendapati wujudnya hubungan di antara bangsa dan jantina dengan gaya pembelajaran pelajaran Ekonomi STPM.</p>